NOTE: texts are in malay!!
Selamat Hari Raya
Hari Untuk Bersuka Ria.....

Sebelum apa-apa, Iffa ingin mengucapkan....
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!

Iffa di sini ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada Iffa terbuat silap, terlepas kata dan telah menyakiti atau menyinggung perasaan sesiapa. Iffa sebagai seorang manusia dan remaja tak pernah lepas dari segala kesilapan.

Ikhlas dari hati Iffa ini, ingin Iffa mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua makhluk di dunia ini walaupun kami tak kenal antara satu sama lain, terutama sekali, sahabat-sahabat dan sistaz-sistaz ku...

Harap, semua dapat memaafkan Iffa dan jika lain kali Iffa ada membuat silap, harap beritahu Iffa supaya Iffa dapat memperbaiki diri Iffa ini, yang masih belum sempurna... Insyallah.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Raya masa untuk semua orang di dunia ini bersuka ria, lupakan segala penderitaan dan kekesalan yang seseorang itu telah lakukan, tetapi ingat lah kepada umat Islam yang tidak keupayaan itu. Sesungguhnya, mereka itu makhluk Allah S.A.W juga. Alhamdulilah, aku sebagai umat Islam dan seorang manuisa, dapat menolong mereka. Aku bersyukur yang aku telah melakukan.

Di samping keluarga yang aku sayangi dan kasihi, aku tahu masih ada sesetengah umat Islam yang bersedih kerana ketiadaan orang yang mereka kasihi. Aku bersyukur yang aku masih di dampingi orang yang kau cintai, ibu ku.
Dengan itu, aku mengundur diri. Sekali lagi, aku susun sepuluh jari ku ini dan memohon maaf. Selamat Hari Raya!!!!
P/s. Taufik nyanyi lagu Usah Lepaskan, best seh!!!!